Norman terlibat dengan dunia perniagaan pada usia awal 20 tahun, setelah tamat pengajian dalam Diploma Perakaunan. Bersama adik-beradiknya, Yusry dan Edry; beliau membentuk kumpulan Hip Hop/Pop yang dinamakan sebagai KRU dan telah menandatangani bersama EMI selama 14 tahun. Berbekalkan visi, beliau mempraktikkan pengetahuan yang telah dikumpul dan bersama dengan naluri semula jadi serta bakat dalam pemasaran untuk membawa nama kumpulan ikon pop KRU menjadi jenama hiburan yang terserlah.
Visi dan strategi kepimpinannya membawa beliau untuk menerima Outstanding Entrepreneur Award pada tahun 2007 oleh Asia Pacific Entrepreneur Awards dan Asia-Pacific Copyright Educator Award oleh Motion Pictures Association pada tahun 2011.
Penglibatan dan jawatan Norman yang terdahulu di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk sebagai Pengerusi Lembaga IFPI Asia Pasifik, Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia, Pengerusi Industri Rakaman Malaysia dan banyak lagi.