Biasiswa

Yayasan KRU memberi tumpuan kepada penyediaan biasiswa kepada pemohon yang layak untuk mengikuti latihan kemahiran dan diploma vokasional dan/atau program pensijilan yang berkaitan dengan keusahawanan digital dan industri kreatif yang ditawarkan oleh institusi awam dan/atau swasta di Malaysia.

Setakat ini , Yayasan KRU hanya menyediakan biasiswa untuk program yang di iktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan/atau badan pensijilan antarabangsa yang berkaitan dengan industri kreatif dan program latihan perisian perniagaan.

Biasiswa ini termasuk yuran pengajian, yuran peperiksaan, penginapan, makanan dan minuman sepanjang tempoh latihan di universiti, kolej dan pusat latihan yang diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah.